- Menggunakan enjin yang sama seperti Bezza iaitu enjin 1.0 liter 1KR-VE yang dilengkapi dengan sistem VVT-i
- Kuasa maksimum enjin meningkat 1 hp dan 1 Nm, menjadikan keseluruhannya 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm tork pada 4,400 rpm.
- Penggunaan bahan api lebih baik - 22.5 km/l berbanding sebelum ini 21.6 km/l (transmisi manual)
- Sistem kunci pintar
- Butang penghidup enjin (push start-stop button) bagi varian Advance dan SE.
- Gril hadapan serta bampar dengan reka bentuk baharu untuk semua varian
- Pemegang pintu belakang baharu,
- Grafik fabrik kerusi baharu
- Lampu projektor hadapan untuk semua varian.
- Axia Standard-G juga kini didatangkan dengan slot USB bagi memainkan fail audio.
- Axia SE dan Advance pula, ia turut ditambah dengan sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja), pemegang pintu luar bersalut krom, roda aloi berbentuk spiral, serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.





