Perodua Aruz Pilihan Terbaik Dan SUV Termurah!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62! Jom sekeluarga sambut hari kemerdekaan dengan Perodua Aruz! Kenapa Aruz? Jawapannya saya sediakan di bawah :) 1. Pakej yang berbaloi untuk wang Kereta yang murah sahaja tidak cukup! Anda mesti mahukan sebuah model yang mampu milik, jimat, bergaya dan selamat. Aruz mempunyai dua varian iaitu X dan AV. Suatu yang menarik apabila untuk varian asas X pun dilengkapi dengan beberapa kelengkapan utama berikut:
  • Enam beg udara
  • ABS dengan EBD & BA
  • Kawalan penstabilan kenderaan (VSC)
  • Kawalan cengkaman (TRC)
  • Kamera undur
  • Eco idle (enjin dimatikan dan dihidupkan secara automatik semasa enjin melahu – lampu isyarat, berhenti beli air kelapa, pisang goreng)
Pakej tersebut suatu yang bagus untuk sebuah kereta keluarga dan setakat artikel ini ditulis belum ada pesaing dalam segmen sama menawarkan pakej serupa seperti Aruz kecuali kembarnya iaitu Toyota Rush. Satu lagi perkara menarik ialah enjin Aruz hanya bersesaran 1.5 liter DUAL VVT-i yang menawarkan bahan api ekonomikal dan cukai jalan rendah. 2. Tujuh tempat duduk dan pelbagai guna Harus diketahui, Aruz bukanlah sebuah MPV (Proton Exora, Toyota Innova) dan ia terletak dalam segmen SUV tujuh tempat duduk. Berdasarkan pengalaman pandu uji, Aruz selesa untuk dinaiki empat penumpang dewasa. Lagi dua tempat duduk di barisan ketiga pula selesa untuk digunakan oleh kanak-kanak. Ruang simpanan juga terhad dan ini boleh diatasi dengan melipat terus kerusi baris ketiga. Apabila kerusi baris ketiga dilipat pelbagai muatan boleh diisi seperti basikal, bakul kain, perabot IKEA, pasu bunga dan sebagainya. Berdasarkan gaya hidup rakyat Malaysia, jarang kerusi ketiga digunakan untuk diisi penumpang dewasa kecuali dalam keadaan kecemasan sahaja. Jika balik kampung, biasanya kerusi baris ketiga dilipat untuk diisi beg, bantal dan sebagainya. Anak-anak boleh duduk selesa di kerusi baris kedua. 3. Pemanduan selesa Satu perkara yang jelas ketara apabila berada berhampiran Aruz ialah jarak kelegaan bumi yang tinggi dan tayar tebal. Jarak kelegaan bumi ialah 220 mm manakala ukuran tayar pula 215/60 R17. Gabungan ini menjadikan Aruz boleh melepasi banjir kilat lebih tinggi berbanding pesaing lain dan melalui lopak atau jalan berlubang dengan baik. Sewaktu memandu di litar ujian, simulasi banjir kilat dan laluan tidak rata dapat diuruskan dengan baik oleh chasis dan suspensi Aruz. Tambahan pula SUV ini dibangunkan untuk pasaran negara membangun jadi kedua-dua ciri tersebut iaitu jarak kelegaan bumi dan hentakan diberi fokus utama. Pada kelajuan melebihi 100 km/j pula, Aruz biasa sahaja dan ini bukanlah sebuah kereta penumpang atau sport untuk dibelasah. Ia masih sebuah Perodua yang bermakna pengendalian, kedap bunyi, reka letak, ergonomik dibuat mengikut pelanggan massa. 4. Rating keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP Kelengkapan standard Aruz terdiri daripada enam beg udara, Kawalan Penstabilan Elektronik (ESC), amaran tali pinggang keledar penumpang depan dan belakang, ISOFIX dan cangkuk top tether untuk kerusi kanak-kanak. Sebagai tambahan, Aruz AV dilengkapi Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Pelanggaran Depan (FCW). Dengan markah keseluruhan 86.49 poin, Aruz layak untuk menerima rating 5 Bintang ASEAN NCAP. 5. Teknologi dan rangkaian antarabangsa Dalam menghasilkan kenderaan, Perodua banyak berkerjasama dengan Daihatsu. Daihatsu Motor Co. dan Daihatsu Malaysia mempunyai pegangan sebanyak 25 peratus dalam Perodua. Melalui pegangan dan kerjasama di antara kedua-dua syarikat, Perodua meraih faedah dalam pengetahuan, pengalaman, kejuruteraan, pengilangan, kawalan kualiti, platform dan teknologi. Faedah tersebut diterjemahkan kepada barisan produk Perodua jadi tidak hairan kenapa model yang ditawarkan mempunyai reputasi bagus. Teknologi keselamatan dan nadi kuasa telah terbukti di peringkat antarabangsa dan disesuaikan oleh tenaga kerja tempatan untuk rakyat Malaysia. Enjin 1.5 liter 2NR-VE DUAL VVT-i pada Aruz turut digunakan pada ratusan ribu kenderaan lain seperti Perodua Myvi, Toyota Avanza dan Rush, Daihatsu Xenia dan Terios dan Toyota Vios. Di peringkat serantau pula Perodua Aruz turut dikenali sebagai Toyota Rush dan Daihatsu Terios. Jadi anda sebenarnya boleh diibaratkan memiliki tiga jenama dalam satu iaitu Perodua-Toyota dan Daihatsu!. Kesimpulan Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan AV yang masing-masing ditawarkan pada harga RM 72,900 dan RM 77,900. Jika ditanya secara peribadi, saya lebih cenderung untuk memilih Aruz AV kerana ia dilengkapi satu ciri yang tidak boleh dibeli di kedai aksesori iaitu A.S.A 2.0. dengan pengesan pejalan kaki. A.S.A 2.0 dilengkapi sistem Amaran Pra Pelanggaran (PCW), Brek Automatik Pra Pelanggaran (PCB), Amaran Pelanggaran Berdepan (FDA) dan Kawalan Salah Tekan Pedal (PMC). Bagaimana A.S.A 2.0 mencegah kemalangan? Ia melalui dua peringkat iaitu Amaran Pra Pelanggaran (PCW) dan Brek Automatik Pra Pelanggaran (PCB). PCW berfungsi dengan memberi amaran kepada pemandu dalam keadaan risiko berlakunya pelanggaran dengan kenderaan (4 – 100 km/j) dan pejalan kaki (4 – 50 km/j). PCB pula berfungsi dengan membrek secara automatik jika tiada intervensi daripada pemandu apabila terdapat risiko pelanggaran dengan kenderaan (4 – 100 km/j) dan pejalan kaki (4- 50 km/j). Melalui perbezaan RM5,000 di antara Aruz X dan beberapa kelengkapan lain seperti kerusi balutan kulit dan perakam video pemanduan bersepadu, ternyata Aruz AV lebih berbaloi. Untuk tempahan sila sediakan dokumen berikut dan emelkan ke malek_ismail@yahoo.com atau di ruangan tempah online. Sila pastikan semua salinan dokumen anda jelas untuk kelancaran proses di pihak bank nanti. 1- IC (Depan & Belakang) 2- Lesen (Depan & Belakang) 3- Slip Gaji (3 Bulan Terkini) 4- Penyata Bank (3 Bulan Terkini) Submit dokumen tersebut di ruangan Tempah Online atau emelkan ke malek_ismail@yahoo.com atau boleh hubungi En. Ismail di talian 016-289 3990 untuk perbincangan lanjut.
Ogos 5, 2019 / by / Tag:, , ,
Harga Perodua 2018 Terkini – Jom Tempah!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Jom lihat Harga Perodua 2018Bermula 1 September 2018 kereta Perodua telah berubah harga. Perubahan ini adalah disebabkan pelaksanaan SST di bawah kerajaan baru. Berita gembira berkenaan perubahan ini adalah berlakunya penurunan harga untuk semua model Perodua. Ya! Harga lebih rendah berbanding semasa GST! Terima kasih kerajaan Pakatan Harapan! Berikut adalah perbandingan harga Perodua SST dan GST.
Harga Perodua 2018

*Harga ini belum termasuk insuran

Harga Perodua Turun?

Jika dilihat pada perbandingan di atas berlakunya penurunan harga sebanyak 1% hingga 3%. Di bawah saya sertakan FAQ berkaitan Harga Perodua baru untuk rujukan anda. Harga Perodua 2018 Harga Perodua 2018

Harga Perodua 2018

Akhirnya harapan rakyat Malaysia yang inginkan harga Perodua 2018 turun telah menjadi kenyataan. Sesiapa yang telah beli sebelum ini janganlah menyesal ya! :) Bagi yang ingin beli kereta Perodua pula inilah masa yang ditunggu-tunggu. Jangan lepaskan peluang ini! Hubungi En. Shah sekarang untuk tempahan. Berikut adalah Harga Perodua Terkini termasuk insuran dan anggaran bayaran bulanan berdasarkan interest rate 3.2%.

Harga Perodua Axia 2018

Harga Perodua Axia 2018

Harga Perodua Bezza 2018

Harga Perodua Bezza 2018

Harga Perodua Myvi 2018

Harga Perodua Myvi 2018

Harga Perodua Alza 2018

Harga Perodua Alza2018

MILIKI KERETA PERODUA SEGERA!

Sediakan salinan dokumen seperti berikut; 1- MyKad 2- Lesen Memandu 3- Slip Gaji 3 Bulan 4- Penyata Bank 3 Bulan Submit dokumen tersebut di ruangan Tempah Online atau emelkan ke shahpssb@gmail.com atau boleh klik button di bawah untuk berhubung dengan En. Shah.
September 21, 2018 / by / Tag:, , , , , , , , , , , , , ,
Harga Perodua & Promosi Terkini 2018 (Myvi, Axia, Bezza & Alza)
Berikut adalah harga terkini kereta Perodua baru 2018. Kiraan bayaran bulanan adalah berdasarkan interest rate 3.2%. Senarai Harga Perodua 2018

Promosi Perodua Terkini

MODELSTOK 2019

Aruz All Variant

RM2,500

Bezza X 1.3 (M)

RM2,020

Bezza G Xtra 1.0 (M)

RM2,020

Bezza G 1.0 (M)

RM2,020

Axia G Xtra 1.0

RM1,000

Registration 1 - 31 November 2019 Hubungi En. Shah segera untuk tempahan dan perbincangan lanjut. Klik button di bawah sekarang!
Januari 5, 2018 / by / Tag:, , , , , , , ,
Promosi Perodua Akhir Tahun (Disember) 2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Promosi Perodua Akhir Tahun 2017 Promosi yang dinanti-nantikan telah tiba! Promosi Perodua Akhir Tahun 2017 kini sedia untuk dinikmati oleh semua yang ingin memiliki kereta Perodua baru. Promosi ini bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2017. Jangan tunggu lagi inilah masanya untuk anda dapatkan kereta Perodua baru dengan tawaran diskaun terhebat tahun 2017. Berikut adalah senarai model yang ditawarkan diskaun;

Promosi Perodua Disember 2017

Diskaun Perodua Disember

Interest Rate Rendah?

Ya! Interest Rate serendah 2.98% untuk pembelian kereta Perodua baru khas untuk Promosi Perodua Perodua bulan Disember 2017. Memang hebat Promosi Perodua Akhir Tahun 2017! Jangan ketinggalan untuk rebut peluang ekslusif Disember ini. Hubungi En. Shah segera untuk tempahan dan perbincangan lanjut. Klik button di bawah sekarang!
Disember 5, 2017 / by / Tag:, , , , , , , , , , , , , , ,
3 Langkah Mudah Menang Perodua Myvi & Hadiah Bernilai Lebih RM120,000
Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Bersempena dengan ulangtahun yang ke-12 Perodua Myvi, pihak Perodua telah menganjurkan peraduan "MYVI 12 ICONIC YEARS ANNIVERSARY". Peraduan ini menawarkan hadiah utama berupa 3 buah Perodua Myvi, hadiah bulanan tempat pertama RM12,000 (1 Pemenang), hadian kedua RM5,000 (2 Pemenang), tempat ketiga RM3,000 (3 Pemenang), dan hadiah saguhati vaucer Perodua bernilai RM1,200 (12 Pemenang). Peraduan ini bermula dari 1 Julai hingga 31 Oktober 2017. Berikut adalah 3 perkara yang melayakkan anda untuk sertai peraduan ini : 1- Beli Perodua Baru atau; 2- Servis kereta Perodua anda dengan minimum RM300 atau; 3- Tradein kereta lama dengan Perodua.

Bagaimana Nak Sertai Peraduan?

Ikut 3 langkah mudah ini untuk berpeluang memenangi hadiah hebat! 1- Pastikan anda buat salah satu 3 perkara di atas (Beli Perodua baru / Servis / Tradein) 2- Jawab soalan : "Which anniversary is the Myvi celebrating this year? (A) 5th (B)10th (C) 12th 3- SMS jawapan anda ke 63660 dengan format berikut : PERODUA<space>CODE<space>CAR REGISTRATION NUMBER<space>IC NUMBER<space>ANSWER Contoh : PERODUA BUY VAH1234 830403105460 C Rujukan Code : 1 (BUY), 2 (SVC), 3 (POV). Di bawah saya sertakan gambar untuk penerangan lanjut. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline Shah 018-963 7573 atau boleh klik button di bawah untuk whatsapp Shah.
Julai 11, 2017 / by / Tag:, , , , ,
5 Sebab Kenapa Myvi Masih Laku Keras Walaupun Sudah 12 Tahun
Tidak boleh dinafikan lagi Perodua Myvi adalah kereta paling laris seantero Malaysia. Myvi menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sejak dilancarkan 12 tahun lalu. Kini kereta kegemaran ramai itu telah melakar sejarah kerana telah mencapai pengeluaran lebih sejuta unit baru-baru ini. Perodua Myvi yang juga gah dengan jolokan Taliban dan King of the Highway itu bukan sahaja model paling banyak dikeluarkan untuk pasaran tempatan, tetapi turut dipasarkan ke enam buah negara dengan jumlah keseluruhan melebihi 35,000 unit. Fakta Ringkas Perodua Myvi:
  • Mula dilancarkan pada Mei 2005.
  • Kereta terlaris sejak 2005 sehingga penghujung 2014.
  • Kekal sebagai antara kereta paling laris di Malaysia dalam segmen-B kompak.
  • Dieksport ke enam negara sejak 2006 - Mauritius, Brunei, Singapura, Britain, Fiji dan Nepal.
  • Di Indonesia, Myvi dipakejkan semula sebagai Daihatsu Sirion.
  • Indonesia ialah pasaran eksport terbesar dengan jualan hampir 31,000 sejak 2007.
  • Keseluruhan eksport Myvi dan Sirion sudah menjangkau 35,400 unit sejak 2006.
Myvi Ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia Perodua hingga mampu mengekalkan kecemerlangan Myvi sehingga mampu menjadi model terlaris di Malaysia? Jawapannya mudah! Perodua sentiasa menitikberatkan aspek kualiti. Berikut ialah 5 sebab utama mengapa Perodua Myvi mampu kekal cemerlang hingga ke hari ini:

1. MAMPU MILIK

Perodua sentiasa memastikan harga yang ditawarkan mampu milik. Walaupun melakukan beberapa penambahbaikan (facelift), Perodua cuba untuk mengekalkan harga jualan tanpa membebankan mana-mana pihak.

2. BERKUALITI

Tidak dinafikan Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Tipulah kalau katakan kereta Perodua 100 peratus 'perfect'. Tetapi, agak jarang kita dengar model-model Perodua kerap berdepan masalah kualiti. Kalau ada pun dapat diselesaikan tanpa masalah sama perlu berulang lagi. Kalau tidak, takkanlah Perodua Myvi berjaya merangkul sebagai model paling laris di Malaysia? Anda nilaikan sendiri.

3. ADA NILAI DI PASARAN KERETA TERPAKAI

Salah satu kejayaan Perodua ialah kadar nilai kereta terpakai yang masih tinggi. Jika mahu jual, tetap laku tidak kira transmisi manual mahupun automatik.

4. SERVIS SELEPAS JUALAN TIP-TOP

Aspek ini sangat penting bagi mana-mana pengeluar kereta. Jika servis selepas jualan teruk, kereta sebagus manapun pasti 'hancur'. Servis selepas jualan ialah nadi utama dalam menentukan hala tuju sesebuah jenama itu.

5. JIMAT MINYAK

Jika dilihat spesifikasi enjin Perodua Myvi yang berkapasiti 1.3 & 1.5 liter, DOHC 16 injap, DVVT dan EFI, enjin jenis tersebut diakui oleh pengeluarnya iaitu Perodua sebagai enjin yang menjimatkan petrol. Dengan berat sebuah Perodua Myvi yang ideal dengan nisbah yang dihamburkan oleh kuasa enjin, Perodua Myvi menjadi sebuah kereta yang menjimatkan minyak petrol. Mengikut hukum fizik, nisbah kuasa dan berat yang ideal bagi sesebuah kenderaan, ditambah lagi dengan teknologi moden pada sesebuah enjin mampu menjimatkan petrol ke tahap yang maksimum. Cuba tanya pemilik-pemilik Myvi! Pastinya penjimatan minyak menjadi kebanggaan mereka! Perodua sangat komited memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam kondisi yang terbaik. Pelbagai inisiatif diambil untuk memastikan pelanggan terus mengunjungi pusat servis walaupun waranti kenderaan sudah tamat. Antaranya, mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti. Anda juga minat Myvi tapi belum milikinya lagi? Tempah sekarang Shah sedia membantu! Bulan Syawal ini Perodua menawarkan rebat / diskaun raya tertinggi iaitu sehingga RM6,000 untuk Myvi! Tawaran ini hanya sah hingga 31 Julai 2017 sahaja. Cepat!! Berikut adalah senarai rebat/diskaun terkini untuk Perodua Myvi : 🔴 MYVI 1.5 SE (M) = RM 6000 🔴 MYVI 1.5 SE (A) = RM 5500 🔴 MYVI 1.5 ADVANCE (A) = RM 4000 🔴 MYVI 1.3 G (M) = RM 3500 🔴 MYVI 1.3 G (A) = RM 3500 Tempah sekarang! Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bergaya dengan kereta Perodua Myvi baru yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Klik Tempah Online atau hubungi saya untuk perbincangan lanjut. P/S : Tolong share post ini dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan² anda.
Jun 29, 2017 / by / Tag:, , , , ,
Senarai Harga Perodua Terkini 2017
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Berikut adalah senarai harga terkini kereta perodua 2017 iaitu Perodua Bezza, Axia, Myvi dan Alza. Semak anggaran bulanan untuk tempoh 9 atau 7 tahun dengan pilihan 10% downpayment ataupun full loan / 0 downpayment di sini!. Klik gambar di bawah untuk download senarai harga. Senarai Harga Perodua 2017 Updated : 1 Januari 2017
Disember 31, 2016 / by / Tag:, , , , , , , ,