Promosi Perodua Februari 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Bagi anda yang ingin memiliki kereta Perodua baru sudah pasti menantikan promosi daripada Perodua. Perlu diketahui promosi dengan rebat/diskaun bukanlah sentiasa ada untuk semua model. Kebiasaannya rebat/diskaun ditawarkan ketika musim perayaan, sambutan kemerdekaan, dan hujung tahun.

promosi perodua februari 2016

Untuk bulan Februari ini hanya ada 3 model sahaja yang diberikan rebat/diskaun iaitu;-
1- Myvi 1.5 SE (A) – RM1088
2- Myvi 1.3 Premium X – RM1088
3- Myvi 1.3 Standard G (A) – RM588

Setiap rebat/diskaun boleh digunakan dalam beberapa keadaan;-

Pertama : Jadikan sebagai pengurang kepada jumlah downpayment anda. Contohnya Myvi 1.3 Premium X (A) downpayment 10% adalah RM4762.15. Disebabkan ada rebat/diskaun RM1088 maka anda hanya perlu bayar RM3674.15 (4762.15-1088) untuk dapatkan 10% downpayment.

Kedua : Jadikan sebagai penambah kepada jumlah downpayment anda. Contohnya anda memang ingin mengeluarkan bajet untuk 10% downpayment sebanyak RM4762.15. Disebabkan ada rebat/diskaun RM1088. Maka downpayment anda mejadi RM5850.15 automatik loan anda menjadi kurang. Apabila loan kurang bayaran bulanan anda nanti juga akan lebih rendah.

Ketiga : Jadikan duit belanja atau sebagainya kerana yang ketiga ini anda mendapat tunai. Ini berlaku sekiranya anda mendapat pinjaman penuh. Walau bagaimanapun pinjaman penuh bukanlah semua pemohon layak kerana ianya tertakluk kepada terma & syarat bank yang memberikan pinjaman.
*claim jumlah tunai tersebut biasanya akan dapat 1-3 minggu selepas anda mendapat kereta.

Untuk semakan jumlah 10% downpayment dan harga untuk model Alza, Myvi dan Axia klik Harga Perodua Terkini.

Saya harap anda jelas dengan Promosi Perodua untuk bulan Februari ini. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi saya di talian 018-963 7573 atau boleh tinggalkan mesej anda di ruangan komen di bawah.

Terima kasih.

February 24, 2016 / by

Leave a Reply